Pada tarikh 5,7 dan 9 March 2011 latihan untuk ahli Kadet Bomba yang mewakili Perkemahan KOR Kadet Bomba iatu :
1) Imran Abdul Moin
2) Aniq Ammar Ikhwan
3) Aimi bt Jasman
4) Ameera Diyana
5) Nor Azreena Farain
6) Farah Adila
7) Hakim
8) Hanip
Tuesday, 12 April 2011
Sila bayar duit Yuran tahunan
Semua ahli Kadet Bomba yang belum menjelaskan yuran tahunan sebanyak RM10 , diminta menjelaskan bayaran tersebut kepada Bendahari , Hafifi bt Hamdan dari kelas 5M . Terima Kasih .
Monday, 11 April 2011
Laporan Gerko pada 26March 2011
Guru Penasihat yang hadir :
a) Encik Danny Tan
b) Puan Norashikin
Masa :
8.15pagi-12.30tghhri
Tempat :
Padang Sekolah
Pada 26march2011 kelab Kelab Kadet Bomba telah membuat aktiviti kawad kaki dan aktiviti mengangkat hos akan dijalankan untuk memilih ahli yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam Perkhemahan KOR Kadet Bomba yang akan datang . Semuanya berjalan dengan lancar tetapi amat mendukacitakan kehadiran sangat tidak memuaskan. Diharapkan agar Ahli kadet Bomba pagi dan petang memberikan kerjasama dan komitment yang tinggi agar di lain kali latihan ini dapat dijalankan bersama-sama .

Friday, 25 March 2011
Thursday, 24 March 2011
Sejarah Kadet Bomba
Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban membuat permohonan untuk menubuhkan persatuan tersebut di maktab tersebut. Majlis pelancaran penubuhan Persatuan Kadet Bomba maktab tersebut telah di rasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba Negeri Sembilan dan telah di hadiri oleh pegawai kanan dari Ibu Pejabat Bomba dan Jabatan Bomba Negeri Sembilan. Majlis gilang gemilang tersebut berlangsung di maktab tersebut pada 14 Mei 1984.
Motto Pasukan Kadet Bomba ialah ‘Berkhidmat Untuk Menyelamat’ yang mana ianya selaras dengan tujuan penubuhannya. Pelajar di beri latihan dan didikan kaedah penyelamat bukan sahaja ketika menghadapi kebakaran tetapi juga ketika menghadapi kecemasan yang lain. Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal, persatuan ini ternyata menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat utama penubuhan persatuan kadet bomba ialah membentuk pelajar yang peka terhadap isu-isu semasa, keselamatan dan kemanusiaan.
Dengan menyertai persatuan kadet bomba pelajar akan dapat menimba pengetahuan asas dalam bidang teori dan praktikal bantuan kebombaan, berkongsi kesefahaman dan meningkatkan kemahiran dalam menjalankan tugas dan memberi kesedaran kepada sekolah dan masyarakat secara umumnya tentang bahaya kebakaran dan kecuaian manusia.
Garis Panduan Kadet Bomba & Penyelamat
OBJEKTIF
Memastikan penubuhan perlaksanaan aktiviti Kadet Bomba mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.
SKOP
Skop perlaksanaan Pengurusan Kurikulum Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia meliputi sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia.
DEFINISI PASUKAN KADET BOMBA
Pasukan di sekolah dan telah berdaftar mengikut Buku Garis Panduan Pengurusan Dan Latihan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia.
AHLI KADET BOMBA
Murid-murid sekolah berkenaan yang mengikut Pasukan Kadet Bomba mengikut Buku Garis Panduan Dan Latihan Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
JURULATIH KADET BOMBA
Pegawai atau anggota yang dilantik unutk jurulatih dan penolong jurulatih untuk melaksanakan latihan.
GURU KADET BOMBA
Guru yang dilantik oleh sekolah yang bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti pasukan kadet.
Visi dan Misi
Visi
"Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf antarabangsa."
Etika Bomba
Berkhidmat untuk negara kerana Allah
Sentiasa berkhidmat untuk faedah masyarakat
Taat dan setia, cekal dan sabar
Bekerja dengan dedikasi, cekap dan berdisiplin
Siap sedia setiap masa
Seerat serasa sehati sejiwa
Logo Bomba
Bahagian atas logo Jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.
Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel Jabatan yang memberikan perkhidmatan secara profesional.
Bunga padi melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan juga kemakmuran negara.
Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran.

Lagu Kadet Bomba & Penyelamat
Kadet Bomba bersatu
Sama berganding bahuPemuda pemudi harapan
Tiang negara
Jiwa raga yang murni
Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia
Menimba ilmu jaya
Demi masa hadapan
Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya
Kadet bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur
Gigih berusaha
Ikrar kami sahutlah
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia jaya ( 2X )
Antara objektif-objektif pembetukan Kadet Bomba Sekolah Smk Sri Permata
Antara objektif-objektif pembentukan Kadet Bomba Sekolah adalah seperti berikut:-
- Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan
- Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
- Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
- Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.
- Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara
- Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
Selamat Datang ke Blog Kadet Bomba Sekolah Smk Sri Permata
Selamat Datang ke Blog Kadet Bomba Sekolah Smk Sri Permata
Ia telah dibangunkan pada 24 March 2011 bagi membolehkan semua warga SMKSP terutamanya ahli KBS mengetahui maklumat dan berita terkini mengenai KBS. Terima kasih kepada pihak sekolah dan PIBG SMKSP kerana selangkah maju ke hadapan dalam menyediakan prasarana ICT seiring dengan era globalisasi.
Selamat melayari Blog Kadet Remaja Sekolah SMK Sri Permata

Subscribe to:
Posts (Atom)