Pada tarikh 5,7 dan 9 March 2011 latihan untuk ahli Kadet Bomba yang mewakili Perkemahan KOR Kadet Bomba iatu :
1) Imran Abdul Moin
2) Aniq Ammar Ikhwan
3) Aimi bt Jasman
4) Ameera Diyana
5) Nor Azreena Farain
6) Farah Adila
7) Hakim
8) Hanip
Tuesday, 12 April 2011
Sila bayar duit Yuran tahunan
Semua ahli Kadet Bomba yang belum menjelaskan yuran tahunan sebanyak RM10 , diminta menjelaskan bayaran tersebut kepada Bendahari , Hafifi bt Hamdan dari kelas 5M . Terima Kasih .
Monday, 11 April 2011
Laporan Gerko pada 26March 2011
Guru Penasihat yang hadir :
a) Encik Danny Tan
b) Puan Norashikin
Masa :
8.15pagi-12.30tghhri
Tempat :
Padang Sekolah
Pada 26march2011 kelab Kelab Kadet Bomba telah membuat aktiviti kawad kaki dan aktiviti mengangkat hos akan dijalankan untuk memilih ahli yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam Perkhemahan KOR Kadet Bomba yang akan datang . Semuanya berjalan dengan lancar tetapi amat mendukacitakan kehadiran sangat tidak memuaskan. Diharapkan agar Ahli kadet Bomba pagi dan petang memberikan kerjasama dan komitment yang tinggi agar di lain kali latihan ini dapat dijalankan bersama-sama .
a) Encik Danny Tan
b) Puan Norashikin
Masa :
8.15pagi-12.30tghhri
Tempat :
Padang Sekolah
Pada 26march2011 kelab Kelab Kadet Bomba telah membuat aktiviti kawad kaki dan aktiviti mengangkat hos akan dijalankan untuk memilih ahli yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam Perkhemahan KOR Kadet Bomba yang akan datang . Semuanya berjalan dengan lancar tetapi amat mendukacitakan kehadiran sangat tidak memuaskan. Diharapkan agar Ahli kadet Bomba pagi dan petang memberikan kerjasama dan komitment yang tinggi agar di lain kali latihan ini dapat dijalankan bersama-sama .
Friday, 25 March 2011
Thursday, 24 March 2011
Sejarah Kadet Bomba
Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban membuat permohonan untuk menubuhkan persatuan tersebut di maktab tersebut. Majlis pelancaran penubuhan Persatuan Kadet Bomba maktab tersebut telah di rasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba Negeri Sembilan dan telah di hadiri oleh pegawai kanan dari Ibu Pejabat Bomba dan Jabatan Bomba Negeri Sembilan. Majlis gilang gemilang tersebut berlangsung di maktab tersebut pada 14 Mei 1984.
Motto Pasukan Kadet Bomba ialah ‘Berkhidmat Untuk Menyelamat’ yang mana ianya selaras dengan tujuan penubuhannya. Pelajar di beri latihan dan didikan kaedah penyelamat bukan sahaja ketika menghadapi kebakaran tetapi juga ketika menghadapi kecemasan yang lain. Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal, persatuan ini ternyata menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat utama penubuhan persatuan kadet bomba ialah membentuk pelajar yang peka terhadap isu-isu semasa, keselamatan dan kemanusiaan.
Dengan menyertai persatuan kadet bomba pelajar akan dapat menimba pengetahuan asas dalam bidang teori dan praktikal bantuan kebombaan, berkongsi kesefahaman dan meningkatkan kemahiran dalam menjalankan tugas dan memberi kesedaran kepada sekolah dan masyarakat secara umumnya tentang bahaya kebakaran dan kecuaian manusia.
Garis Panduan Kadet Bomba & Penyelamat
OBJEKTIF
Memastikan penubuhan perlaksanaan aktiviti Kadet Bomba mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.
SKOP
Skop perlaksanaan Pengurusan Kurikulum Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia meliputi sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia.
DEFINISI PASUKAN KADET BOMBA
Pasukan di sekolah dan telah berdaftar mengikut Buku Garis Panduan Pengurusan Dan Latihan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia.
AHLI KADET BOMBA
Murid-murid sekolah berkenaan yang mengikut Pasukan Kadet Bomba mengikut Buku Garis Panduan Dan Latihan Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
JURULATIH KADET BOMBA
Pegawai atau anggota yang dilantik unutk jurulatih dan penolong jurulatih untuk melaksanakan latihan.
GURU KADET BOMBA
Guru yang dilantik oleh sekolah yang bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti pasukan kadet.
Visi dan Misi
Visi
"Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf antarabangsa."
Subscribe to:
Posts (Atom)